Selamat Hari Raya Cantik Hensem ! (^_*)"

Thursday, November 10, 2011

Haram puasa pada hari Jumaat??

Assalamualaikum..
dah lama tk hapdet entry, asyek hapdet contest & segmen jek.. tk tw la pasni aku nak join ape pulak..aishhh


Okeh, berbalik pd tajuk entry aku, benarkah puasa pd hari Jumaat tu haram? salah? tak elok? berdosa? tak boleh sama sekali? dll..aku sure kt luar sana mst ramai yg da tawu.. if ada lgi yg tk tawu moh le kita sama sama penuhkan ilmu di dada dgn tawu pasal info bermanfaat ni spya tk la kita naif sgt ilmu agama..tak gituew?? hee


esok hari Jumaat, sukanya, penghulu segala hari ;)
Skrg bukak mata luas luas utk baca jwpan pd persoalan adakah haram berpuasa pada hari Jumaat ok? 


Sebenarnya kita dilarang berpuasa pada hari Jumaat sekiranya tidak disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari Khamis atau sehari selepasnya iaitu hari Sabtu


Dalam hadith pun ada menyatakan tentang puasa pada hari Jumaat:
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebenarnya hari Jumaat ialah hari raya (mingguan), maka janganlah kamu jadikan hari raya kamu itu hari puasa kamu, kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya." (Riwayat Imam Ahmad)


Sebenarnya larangan itu adalah larangan yg MAKRUH. Sebab larangan itu adalah kerana hari Jumaat adalah Hari Raya Mingguan & kita lazimnya tidak dituntut untuk berpuasa pada hari yg dimuliakan sbgai hari raya..


So, mcm mana? sudah jelas? pda sesiapa yg ada hajat nak berpuasa esok check dulu status anda ye..hihi..


ok itu je yg mampu di kongsikan kt sini, terima kasih sudi baca.. :D


haa, kalau korang puasa jgn jd cm katoon ni..hekhek ;p
notakaki: puasa itu amalan mulia