Selamat Hari Raya Cantik Hensem ! (^_*)"

Sunday, September 9, 2012

INDAHNYA SYURGA ALLAH !

Assalammualaikum !

Sebelum tidur, aku nak share sebuah hadith.. sumber aku dapat dari buku islamik yg berjudul "Keindahan Syurga". Best sgt baca buku ni.. byk info pasal Syurga, ayat yg digunakan juga mudah untuk difahami.. Kalau anda2 semua nk dptkan buku yg menceritakan tentang Syurga dkt kedai buku InsyaAllah ada.. boleh lah pergi beli dan baca ya.. Memang seronok sbb disamping tambah ilmu, kita pun akan jadi lebih semangat untuk menggapai Syurga Allah.. InsyaAllah :-)

Aku tertarik dgn sebuah hadith yg berbunyi:-

Diriwayatkan oleh Abu As-Syikh, menerangkan bahawa:
"Penghuni2 Syurga dua kali dalam satu hari menemui Tuhan Yang Maha Mulia. Lalu ALLAH SWT membaca untuk mereka ayat Al-Quran. Setiap orang duduk di tempat duduk yg bertakhtakan benda2 berharga seperti emas,berlian dan lain2. Sesungguhnya tidak pernah org merasakan ketenangan,kesenangan,kelazatan dan kenikmatan melebihi dari mendengarkan Kalamullah yang dibacakan langsung oleh ALLAH SWT itu. Selepas itu, mereka pulang dengan perasaan yang damai sampai esok harinya."

Ya ALLAH ! SubhanAllah ! Indah kan? Setiap hari kita akan bertemu dgn Pencipta kita iaitu ALLAH SWT dan mendengar Kalamullah yg dibacakan sendiri oleh ALLAH SWT..

Gambar Hiasan, Sumber Uncle Google ^^

#Adakah hambaMu ini layak menghuni SyurgaMu, Ya Rabb? Semoga kita semua dikalangan penghuni Syurga Allah dan dapat merasai kenikmatan Syurga Allah yg tiada tandinganNya.. Aaminn, INSYALLAH ! :')

Petua Wajah Berseri ~ Sharing is Caring

ASSALAMMUALAIKUM !

Hampir 2 bulan jugak lah aku tak bagi kasih sayang kat belog ni, mmg sgt mengecewakan. Jatuh prestasi aku sebagai seorang ahli blogger. Denggg. Okey stop. Today, aku buat come back ! yeehhaaa. *suprise tak2x? :-P

Petang yg sayup2 cuacanya..tiba2 terasa diri ni seperti sedang berada di parantauan, mungkin di kota London.. arrgghhh berangan boleh je kau ni miera.. entah kenapa tiba2 petang ni aku t'rajin click bookmark belog aku ni then lantas melihat keadaan belog yg sudah hampir 2 bulan ditinggalkan. Ya Allah ! bersepah + tak terurus + masam + pahit #^$$!**. Maafkan mak nok sbb m'abaikan kamu wahai belog. Merepek serahkan je kat aku. :-P

Ok dah, masa utk menuju ke matlamat utama. Tadi tu mukadimah je blm masuk isi tersirat & tersurat b'serta penutup lagi.. jom jom tgok petua utk wajah berseri yg aku jumpa kat fesbuk tadi.. It might be usefull for all of you including me.. come & get some extra knowledge yoo.. ^___*

Antara petua2 utk dptkan wajah berseri secara semulajadi adlh:-

  • Amalkan membaca "Ya Qawiyyu", maksudnya "Wahai Yang Maha Kuat" selepas memberi salam kedua selepas solat.
  • Jangan cuci muka dgn "cleanser" pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah tetapi cucilah muka sebelum tidur.
  • Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek mosturizer.
  • Berselawat 3x dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa, "Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku."
  • Membaca doa ketika melihat cermin iaitu, "Ya Allah, sepertimana kau cantikkan wajahku,maka perelokkanlah pekertiku."
See.. adik ni cantik berseri scra semulajadi.. SubhanAllah.. <3

Info ni sgt2 simple & bermanfaat untuk kita semua, yelah.. setiap hari kita akan berjumpa dengan orang, malah mcm2 jenis orang. Wajah memainkan peranan penting. Tips ni bolehlah sama2 kita amalkan pada setiap hari tak kira waktu. Tak rugi malah berbaloi-baloiii.. Sebelum aku buat penutup ingin sekali aku ucapkan Selamat Hari Raya walau aku tau raya lagi 10 hari nak habes dah. :-P