![]() |
| eeii aii.. nape aku tak leh ada idong mancong cm peah zulaika ..* |
tambahan pula, bila melihat wanita yg jauh lebih cantik,pandai bergaya sekaligus melahirkan rasa rendah diri yg maksima serta merasakan diri begitu tak setanding dengan mereka2 yg cantik menawan plus jelita..lantas dari feeling itu, kita merasakan yg kurniaan yg kita miliki tidak membawa erti apa2 kerana tak mampu jadi seperti mereka yg cantik bergaya jelita itu.. sadiss..
betol tak apa yg aku katakan tadi? sememangnya acapkali malah sering kita merasakan feeling seperti diatas.. disebabkan feeling mcm inilah kita jadi lupa padaNya..kita jadi org yg tak bersyukur dgn nikmat dariNya..kita alpa,kita tak yakin dgn ketentuanNya.. dan mcm2 lagi lah..sedarkah kita?? hmm..
kawan2..percayalah sesungguhnya Allah mempunyai rencana yg terbaik utk hambaNya..disebalik setiap kejadian wajah kita ada hikmah dariNya..Allah telah mengaturkan segalanya yg terbaik dalam liku2 kehidupan kita..
tidak perlulah kita merasa dengki atau sakit hati dalam melihat kecantikan yg lebih pada orang lain..kerana Allah sudah menentukan rezeki bagi tiap2 hambaNya.. cuma kita sahaja tidak pernah sedar soal itu.. Nauzubillah..
Sepatutnya, katakan pada hati kita bahawa dia memang lebih cantik, tetapi saya lebih bersyukur dengan apa yang ada. Itulah sebaik-sebaiknya tanda kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.
“Inilah saya, beginilah saya dan inilah apa adanya saya”-akuislam.com


