Selamat Hari Raya Cantik Hensem ! (^_*)"

Friday, July 13, 2012

Petua Rasulullah SAW buat yang menghidap penyakit kronik

Assalammualaikum akhi ukhti semua ,
Dah lama tak singgah belog daku yg terchenta ni.. pe habaq semua? harap semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.. Amin.. Ceq baru ja sembuh dari batuk.. Takpa, yakin dengan Allah, sakit itu penghapus dosa.. Jadi bila kita sakit teruskan bersangka baik dgn Allah.. InsyaAllah .. :-)

Ok, malam ni ceq nak share dengan ampa semua pasai petua Rasulullah SAW untuk akhi ukti yg ada menghidap penyakit kronik.. InsyaAllah, benda yg baik harus kita sebarkan.. Aku copy paste dari www.loveloveislam.com. Semoga bermanfaat buat ampa semua nah.. :-)


Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Haa.. sgt bermanfaat.. Apa2 saja Sunnah Rasulullah semestinya bermanfaat.. Mesti cuba tau ! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.. InsyaAllah, amin :-)

p/s: ckp loghat utagha sbb tunang ceq org utagha, hiks. doakan kami smpai ke destinasi pernikahan nah.. amin :-)

No comments: