Selamat Hari Raya Cantik Hensem ! (^_*)"

Sunday, September 9, 2012

INDAHNYA SYURGA ALLAH !

Assalammualaikum !

Sebelum tidur, aku nak share sebuah hadith.. sumber aku dapat dari buku islamik yg berjudul "Keindahan Syurga". Best sgt baca buku ni.. byk info pasal Syurga, ayat yg digunakan juga mudah untuk difahami.. Kalau anda2 semua nk dptkan buku yg menceritakan tentang Syurga dkt kedai buku InsyaAllah ada.. boleh lah pergi beli dan baca ya.. Memang seronok sbb disamping tambah ilmu, kita pun akan jadi lebih semangat untuk menggapai Syurga Allah.. InsyaAllah :-)

Aku tertarik dgn sebuah hadith yg berbunyi:-

Diriwayatkan oleh Abu As-Syikh, menerangkan bahawa:
"Penghuni2 Syurga dua kali dalam satu hari menemui Tuhan Yang Maha Mulia. Lalu ALLAH SWT membaca untuk mereka ayat Al-Quran. Setiap orang duduk di tempat duduk yg bertakhtakan benda2 berharga seperti emas,berlian dan lain2. Sesungguhnya tidak pernah org merasakan ketenangan,kesenangan,kelazatan dan kenikmatan melebihi dari mendengarkan Kalamullah yang dibacakan langsung oleh ALLAH SWT itu. Selepas itu, mereka pulang dengan perasaan yang damai sampai esok harinya."

Ya ALLAH ! SubhanAllah ! Indah kan? Setiap hari kita akan bertemu dgn Pencipta kita iaitu ALLAH SWT dan mendengar Kalamullah yg dibacakan sendiri oleh ALLAH SWT..

Gambar Hiasan, Sumber Uncle Google ^^

#Adakah hambaMu ini layak menghuni SyurgaMu, Ya Rabb? Semoga kita semua dikalangan penghuni Syurga Allah dan dapat merasai kenikmatan Syurga Allah yg tiada tandinganNya.. Aaminn, INSYALLAH ! :')

No comments: