Selamat Hari Raya Cantik Hensem ! (^_*)"

Friday, November 18, 2011

haha, lucu lawak semua adaaa !

Assalamualaikum..
hai hai selamat malam semua sayang sayang.. eceh.. malam ni aku nak gembirakan hati duka lara.. so, aku m'google kan diriku utk mencari kisah lawak jenaka utk buat gelak sampai lebam lebam muka serta wujudnya blusher palsu di pipi.. wakakakah..jom jom layan citer lawak yg aku usha kt adik google tadi..wee..

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang".... Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. "

Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut. Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,........ "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia" Amin: ???????????

tang... tang...tang.. Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa.......... "


Amacam? aku baca pon cm hareemm je part last tuh.. wahahah! mmg siot si Amin ni kan..tk psal2 kantooi, hahak ! okehokeh itu baru kisah 1, ada lagi.. jom tgok citer lawak  yg ni pulak.. 

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya


hahaha ! sekali orang gaji dia bersuara hamek kau, buat ramai lagi.. semput aku baca.. wahahah !

notakaki: mood citer lawak

2 comments:

Pen MErah said...

entri menghilangkan kebosanan di mlm hari. muahahaaa

roseputih zumie said...

taw tkpe kak.. bosan + duka cita.. wakakah.. terhibur gak baca cter lawak nih.. wahhaa